Sunday, 21 April 2013

Detik 12 Malam!!!!!!!

Assalamualaikum..hai u ollz~~
actually cerita yang nak di ceritakan nie dah boleh di katakan masuk dalam kategori basi..ahaha
tapi apa boleh buat la kan, dah terlalu busy + penat... jadi tak pernah pula nak ter'cerita' pasal benda nie...
perkara nie jadi sewaktu diri ini dan teman serumah, alin mengadakan projek mem'print'...dok kitaorang best2 menjalankan projek tiba2 la pula printer mengeluarkan kod eror..dat time, sangat2 stress..apa taknya,kalau la printer tercinta tiba2 je rosak pastu haru-biru hidup tau!!
so, aq dengan muka n mood yang tak seberapa cubalah mencari apa yang patut dibuat...google punya google...maka terjumpalah dengan 1 blog nie..

~meowingcat~


haaaaa kat blog nie aq jmpa solusi utk mslh printer yg aq hadapi iaitu printer tercinta mngeluarkan error code   E27.. n alhamdulillah blog tue sngt2 m'bantu..akhrnya aq dan alin berjaya membaiki printer tercinta..ahahaha!!!!part yg aq x boleh lupa adlh bila bjya m'baiki printer tue,scra autonya ktaorg srntak t'jerit happy...LOL...da la jam 12 malam..ORANG TENGAH SEDAP TIDO OK!!!!!nasib bek la kami tak kena triak..ahahaha
lupa nak bagi tau..printer yang aq guna canon MP145...kat blog yg tgk tue hanya ada solusi utk printer jnis aq je...k kpd sesiapa yang m'punyai printer yg sebangsa ngn printer aq nie n t'tba kluar error code jgn segan silu utk singgah kat blog tu ya.. ;)



Friday, 8 March 2013

Hanya sekadar menaip!!!

Assalamualaikum....
haiiiii~~ kepada semua yang membuka @ t'buka my blog... :)
apa nak cerita hari nie ya???
erm....
tak tahu nak cerita apa perkembangan sekarang nie...rasanya banyak benda yang terjadi..n tahu pula nak mula yang mana satu.. uhu
dengan jadual yang semakin padat, kelas yang berlambak+subjek yang agak 'berat' untuk dihadam oleh otak..kejadian yang tidak disangka...dan yang paling penting,boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja sesuatu yang baru akan terjadi dalam my coretan.cerita & kisahku...tapi tak dapat nak di taip dalam blog ini disebabkan badan yang terlalu penat ( disebabkan jadual yang sangat padat )..sudahnya basilah my blog nie tak t'update..uhuhu..
InsyaAllah,tiba masanya saya akan story satu per satu.. :)

Tuesday, 26 February 2013

Teman Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang tengah membaca @ membuka blog ini..!!
haiiiiii~~~
ary nie aq nak cerita pasal my "teman baru"

sebelum aq bercerita, baca dulu sedikit perbualan diantara 'Teman lama' dan 'Teman Baru' :


(drama sebabak)

Teman lama : Habis tue teman lama macam mana???
xkan d'lupa kot??? uhuhu :'(
Teman Baru : Sudah semestinya korang akan dilupakan!!! ahahaha (ketawa dengan kejamnya)
Teman lama : Sampai hati Fatin lupakan kami 'teman lama'... uhuhu ( menangis dengan sedihnya)

Adakah aq akan mnjadi seperti apa yg diperkatakan oleh 'Teman lama' dan 'teman baru'..???
JENG JENG JENG!!!!!

Me : mestilah TIDAK!!!
apasal pulak nak lupa 'teman lama' kalau da ada 'teman baru'??? 4 me walaupun da ada teman baru, teman lama tetap dihati.. :)
okay, napa pla aq cerita pasal 'Teman Baru' nie??
nak tahu???
JENG JENG JENG!!!!!!

pada 16 februari 2013 bersamaan dengan hari sabtu aq telah ikut aktiviti kat kampus... usrah @ kena bagi nama 'happy circle'..
tahu tak apa e2 usrah??? kalau nak bagi terang panjang lebar rasanya xlarat pula nak menulisnya...ehehe
okay la aq cerita secara ringkas sahaja la ya???
actually xdanya aq nak menaip, hanya google.. apa guna google kalau tidak digunakan dengan sebaik mungkin..ahahaha

Usrah (الأسرة) berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud "keluarga".

Komponen usrah merangkumi empat:
1. Naqib/Naqibah(ketua kmpulan)
2.Ahli Usrah
3.Topik Perbincangan atau silibus
4. Aktiviti
jangan tak tahu pula usrah pun ada rukun tau, iaitu:
  1. At-Taaruf, iaitu berkenalan;
  2. At-Tafahum, iaitu bersefahaman;
  3. At-Takaful, iaitu saling bantu-membantu.

sebenarnya pembentukan usrah nie sudah lama terbentuk...sewaktu zaman Rasulullah s.a.w lagi.  Sewaktu itu, usrah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Makkah. Rasulullah mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Itu serba sedikit mengenai usrah....

Mengenai usrah @ 'happy circle' yang telah aq sertai hari tue,kitaorang baru sahaja dibahagikan mengikut naqib/naqibah..dan adalah juga sedikit aktviti yang kitaorang lakukan..Antaranya adalah At-taaruf @ berkenalan... 
kat sini la aq bertemu dengan 'Teman Baru'..
Atiqah Sinsian ( kak Q)/ selaku naqibah, Nor Rezzanita Yahya ( nita) dan Cindawati Cipa ( kak cinda)... selamat berkenalan semua... :)
4 my ' Teman Lama', korang akan tetap di hati+ingatan... 
MUAAAHHHHXXXX...
XOXO










Friday, 8 February 2013

"Operation" laptop


Assalamualaikum....
haiiii~~~
hari selasa ary tue (5/2/2013) aq ada buat "operation" laptop..( buat sendiri ok!!)
kenapa????
sebab terdapat masalah dengan kipas laptop...
????tak faham???
kat bawah laptop rasa panas semacam.. hasil daripada info-info yang diri ini dapat kat internet, rupanya masalah tue adalah disebabkan kipas dah kotor...
ada juga lah tanya2 dekat kedai laptop berapa dorang caj untuk bagi bersih kipas laptop nie...
paling murah pun RM 80... ada juga kedai tue diorang caj 100++ (tidak berapa ingat 100 berapa..ehehe)
mulanya memang nak hantar kat kedai... tapi bila ada kawan nie bagi tau yang kazen dia pun ada masalah yang sama, dan tak hantar pun laptop kat kedai... tapi,dia buka dan bagi bersih sendiri..
kazen dia cakap, tak da la susah pun buka laptop tue..yang penting lepas buka pasang skru balik dan bagi ketat macam biasa...
me????? 
apalagi terinspirasi lah untuk membuka laptop dengan sendirinya...ahahaha 
dapat jimat duit...ehehehe

V
V
V
V








Alhamdulillah, "operation" laptop yang aq jalankan akhirnya berjaya juga..walaupun aq bukanlah orang yang pakar dalam hal membuka laptop nie, dan ini adalah 1st tym!!!
ada my fwen cakap yg aq nie berani...( kembang la 2,ahaha...tak da la,besa2 ja pun..) aq nie tak da lah berani sangat pun..tapi semangat untuk 'memulihkan' laptop tue yang membuatkan aq berani.. lagi pun orang kedai yang aq p tanya harga tue adalah juga cakap yang hal yang jadi kat aq nie tak da la serius mana pun..tapi akan jadi serius bila laptop dah pandai 'shut down' sendiri...hal tue boleh jadi bila kipas yang kotor tak dibersihkan dan lama-lama boleh mendatangkan kesan sehingga laptop pandai  'shut down' dengan sendirinya..So, aq tak nak lah karang laptop aq nie pandai 'shut down' sendiri..kang susah pula nanti.. biasanya hanya lelaki sahaja yang berani buat2 macam nie... aq nie perempuan... habis tue aq nie ganjil la???
ermmmm,.. mungkin juga aq ganjil... tapi tetap juga manusia ya, dan yang paling penting masih NORMAL!!ahaha..
tak kisah la perempuan atau lelaki sekurang-kurangnya kita mesti mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu...  tak salahkan??? kalau lelaki pun belajar masak...perempuan pula belajar ilmu pertukangan serba sedikit...
aq rasa benda tue tak salah pun.. jangan sampai berubah daripada fitrah sudahlah...
ada gunanya juga kita persiapkan diri dengan pelbagai ilmu, sebab suatu hari nanti kita pasti akan memerlukannya.. hidup nie tak selalunya senang, tak selalunya juga ada orang disisi..mungkin adakalanya kita terpaksa melaluinya sendiri..jadi bila kita dah persiapkan diri dengan pelbagai ilmu, sekurang-kurangnya tak da lah rasa macam nak nangis je tym tue,... :)








kata2 untuk hari ini : 
Ilmu adalah harta yang paling beharga... Orang yang berilmu tidak akan pernah miskin, tapi orang yang kaya tanpa adanya ilmu pasti akan miskin..

ilmu dekat sini bukanlah hanya pelajaran yang kita belajar dekat sekolah, tapi juga pelajaran yang kita belajar secara tidak langsung.


Friday, 1 February 2013

7 Sunah Rasulullah yang perlu diamalkan

Assalamualaikum...
kepada yang mengunjungi blog yang tak seberapa ini secara sengaja @ tak sengaja...
okay, tak nak cakap panjang-panjang, cuma nak share perkara bermanfaat yang saya dapat dari page   Bercinta Selepas Nikah.. 

v
v
v
v




Itu sahaja untuk hari ini... Assalamualaikum dan terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca... :)


Monday, 28 January 2013

Bunga Fabrik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,..kepada semua pembaca..aik ada pembaca ke???? ( hanya sekadar nak bagi senang hati je 2..) tuan empunya blog sedar sapa laaa yg nak jengguk blog nie...uhuhu.. :'( (dgn nada yang agak sedih + memilukan).. 
OK!!! cukup2 la ye cik empunya blog nak berdrama !
kang xda pula orang nak baca 'isi penting'  yang kat bwh nie...

V
V
V

haaaaa~~ apa dya???
tajuk POST : Bunga Fabrik
jadi sudah tentulah nak ckp pasal bunga fabrik...ahahaha :p
mesti ramai dah tahukn pasal bunga fabrik????
bagi yang tak tahu @ tak dapat bayang macam mana rupa gerangannya,..
bunga fabrik nie adalah bunga yang dibuat menggunakan fabrik@kain..
orang perempuan selalu guna, terutamanya fesyen skng nie banyak sangat orang guna kerongsang jenis 'bunga fabrik'.. actly tak susah untuk membuatnya..semuanya hanya bergantung kepada minat+kerajinan...

Bahan-bahan :
1. kertas
2. kain
3. benang
4. jarum
5. gunting
6. hiasan (bagi mengias bahagian atas)


Gambar di atas adalah cara-cara bagi membuat bunga fabrik.
1. Lukis bulatan mengikut saiz yang diinginkan pada kertas dan bolehlah digunting. Bagi menghasilkan bunga yang besar bolehlah dibesarkan sedikit ukurannya.

2. Tekap kertas tadi di atas kain dan bolehlah digunting mengikut ukuran contoh daripada kertas. Gunting sebanyak enam bulatan mengikut saiz yang serupa. 
( jangan risau kalau hasil guntingan agak senget@tidak cantik, kerana itu tidak akan menjejaskannya).

3. Kemudian lipatkan kain yang telah digunting sebanyak dua kali@bentuk suku bulatan. ( sila lihat gambar no.3)

4. Setelah dilipat, bolehlah jahit bahagian bawah lipatan dengan rapi. ( sila lihat gambar no.4&5)

5.  Cantum kesemua lipatan sehingga membentuk kelopak bunga. ( sila lihat gambar no. 6.1&6.2)

6. Akhir sekali bolehlah hias kat bahagian atas kelopak tue mengikut cita rasa anda..boleh guna manik/ perhiasan yang sesuai.

senang kan??? 
hasil ciptaan hanya 1 + mengikut citarasa = Jimat duit.. :)
macam-macam benda kita boleh buat dengan bunga fabrik nie, antaranya ialah kerongsang, hiasan pada beg, tampal sbg hiasan kat baju dan banyak lagi..
semuanya adalah bergantung kepada kreativiti masing-masing..




E2 sahaja.. terima kasih kerana sudi membaca post yg x seberapa ini...:)


Friday, 18 January 2013

Masalah perut buncit

     Assalamualaikum...
haaiiiii~~
hari nie nak share pasal "perut buncit" 
tengok + baca artikel yang ada kat bawah nie...


v
v
v
v





actly ada lagi 1 faktor yang tertinggal iaitu, stress..
Dimana apabila berlaku stress yang tidak terkawal akan mengganggu aktiviti semula jadi tubuh kita, termasuklah hormon dan sistem penghadaman. Bila dah stress hormon akan jadi tak seimbang sebab paras hormon kortisol akan meningkat dan akan memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Kekurangan hormon nie akan menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. 


sumber: surat khabar harian metro, 9 januari 2013..oleh Dr Norman Mohd Norawi..keratan akbar   diperolehi dari page Dr Norman.. :)





Wednesday, 16 January 2013

Adakah dia milikku???



Assalamualaikum




pasti ada di antara kita yang pernah menyayangi/mencintai seseorang...
perasaan itu adalah lumrah...
setiap insan pasti akan merasainya..
namun, tahukah kamu wahai sahabatku sekalian..
bahawa insan yang kita sayangi itu belum tentu akan bersama sebagai pasangan kita..
Bagi yang sedang bermadu kasih, sudah pasti bersedih bukan??
Namun, itulah hakikat sebenar yang harus kita akui..
ajal, maut, jodoh, pertemuan & perpisahan telah ditentukan olehNYA..
kita sebagai hambaNYA hanya mampu berusaha, dan hanya DIA yang akan menentukan segalanya...
begitu juga dengan liku kehidupan yang harus ditempuh,..

Sedalam mana pun cinta,..
seberapa lama pun tempoh sesebuah perhubungan kalau dia iaitu INSAN yang disayangi bukan tercipta untukmu pasti dia akan pergi meninggalkanmu.. 

Wahai sahabatku, usahlah kalian bersedih akan kehilangan itu..
pasti yang terjadi ada hikmahnya..
hari ini kita menangisi pemergian seorang insan yang bagi pandangan kita adalah yang terbaik,..
Namun yang terbaik di mata kita, belum tentu bagiNYA itu adalah yang terbaik  buat kita...

Dalam pahit pasti ada manisnya..
Yakinlah sahabatku, kalau hari ini kita menangis kerana kepahitan itu..
InsyaAllah bila tiba waktunya kita pasti tersenyum dan sedar disebalik kepahitan itu ada manisnya...

Disini izinkan saya untuk meminjam kata dari seorang sahabat yang pernah suatu ketika dahulu diberi kepada diri ini untuk memberi semangat:
" Allah tak akan beri apa yang kita mahu, tapi Allah akan beri apa yang kita perlu  "
kata-kata ini buat aq sedar tidak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat, sebab DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya..






p/s: TerimaKasihKepadaOrangYangTelahBagiNasihatIni..AqAmatHargaiSetiapNasihatYangPernahKoBerikan... : )




Tuesday, 15 January 2013

Buat DIRIMU


Andai aq bisa katakan padamu
"aq rindu kamu"
alangkah bagusnya..

Namun itu semua hanya omongan kosong..
yang hanya terbit dan lahir dalam benakku saja..
Arhhh!!!sudah pasti kata-kata itu hanya akan terluah dalam hatiku ini..

Andai kau bisa melihat air mataku yang mengalir..
pasti kau tahu betapa rindunya diri ini kepadamu..
TAPI,..
itu adalah mustahil kn???
kerana mustahil untuk kita berjumpa..
mustahil juga untuk aq menangis dihadapanmu..

mungkin masa dan jarak telah memisahkan kita..
tapi satu perkara yang harus kau tahu..
walaupun masa dan jarak telah memisahkan kita..
tidak pernah dan terniat pun aq melupakanmu...
aq sentiasa teringat akan dirimu..

maaf mungkin tanpa kamu sedari..
perlahan-lahan aq beransur pergi dari hidupmu tanpa kau sedari...
mungkin itu adalah yang terbaik 







Untukmu....











Setiap saat..
detik berlalu...
Wajahmu..
tetap diingatan,..
menghiasi mindaku..
Walau berjauhan,
hatiku hanya


Untukmu.....










Saturday, 12 January 2013

Tersentuh hatiku

 Assalamualaikum.....
haaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
pernah tengok cerita 'The lost valentine' x???
erm, actually aq da berapa kali tengok cerita nie...tapi xpernah habis..
xtahu la kenapa..asal aq tengok ja mesti sekerat..
kalau xtengok masa pertengahan cerita,mesti kat part2 nak habis..
yang penting x pernah tengok full la.noktah!!
dan akhirnya pada 12/1/2013, akhirnya aq berjaya tengok cerita tue dari awal hinggalah ke akhirnya...
So amacam???????
pendapat aq untuk cerita 'The lost valentine'...
Fuuuuuhhhhhhhh!!!!
memang best...terharu+sedih aq tengok cerita nie...
kepada sesiapa yang pernah tengok cerita nie pasti faham apa yang aq maksudkan (erm,yala 2..ahaha)
' The lost valentine' mengisahkan seorang wanita yang bernama Caroline..dimana setia menunggu suaminya di stesen kereta api setiap kali valentine yang merupakan hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka dan hari suaminya pergi menyertai perang..






cerita nie amat menyentuh perasaan aq..uhuhu
juga mengajar bahawa cinta itu x akan mati atau pun hilang walaupun orang yang kita sayang da xda...sebab cinta itu akan sentiasa segar dan tumbuh seiring peredaran masa...
hanya kita saja yang mampu membuat pilihan sama ada mahukan cinta itu semakin mekar ataupun sebaliknya.. ^__^

Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...