Monday 28 January 2013

Bunga Fabrik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,..kepada semua pembaca..aik ada pembaca ke???? ( hanya sekadar nak bagi senang hati je 2..) tuan empunya blog sedar sapa laaa yg nak jengguk blog nie...uhuhu.. :'( (dgn nada yang agak sedih + memilukan).. 
OK!!! cukup2 la ye cik empunya blog nak berdrama !
kang xda pula orang nak baca 'isi penting'  yang kat bwh nie...

V
V
V

haaaaa~~ apa dya???
tajuk POST : Bunga Fabrik
jadi sudah tentulah nak ckp pasal bunga fabrik...ahahaha :p
mesti ramai dah tahukn pasal bunga fabrik????
bagi yang tak tahu @ tak dapat bayang macam mana rupa gerangannya,..
bunga fabrik nie adalah bunga yang dibuat menggunakan fabrik@kain..
orang perempuan selalu guna, terutamanya fesyen skng nie banyak sangat orang guna kerongsang jenis 'bunga fabrik'.. actly tak susah untuk membuatnya..semuanya hanya bergantung kepada minat+kerajinan...

Bahan-bahan :
1. kertas
2. kain
3. benang
4. jarum
5. gunting
6. hiasan (bagi mengias bahagian atas)


Gambar di atas adalah cara-cara bagi membuat bunga fabrik.
1. Lukis bulatan mengikut saiz yang diinginkan pada kertas dan bolehlah digunting. Bagi menghasilkan bunga yang besar bolehlah dibesarkan sedikit ukurannya.

2. Tekap kertas tadi di atas kain dan bolehlah digunting mengikut ukuran contoh daripada kertas. Gunting sebanyak enam bulatan mengikut saiz yang serupa. 
( jangan risau kalau hasil guntingan agak senget@tidak cantik, kerana itu tidak akan menjejaskannya).

3. Kemudian lipatkan kain yang telah digunting sebanyak dua kali@bentuk suku bulatan. ( sila lihat gambar no.3)

4. Setelah dilipat, bolehlah jahit bahagian bawah lipatan dengan rapi. ( sila lihat gambar no.4&5)

5.  Cantum kesemua lipatan sehingga membentuk kelopak bunga. ( sila lihat gambar no. 6.1&6.2)

6. Akhir sekali bolehlah hias kat bahagian atas kelopak tue mengikut cita rasa anda..boleh guna manik/ perhiasan yang sesuai.

senang kan??? 
hasil ciptaan hanya 1 + mengikut citarasa = Jimat duit.. :)
macam-macam benda kita boleh buat dengan bunga fabrik nie, antaranya ialah kerongsang, hiasan pada beg, tampal sbg hiasan kat baju dan banyak lagi..
semuanya adalah bergantung kepada kreativiti masing-masing..




E2 sahaja.. terima kasih kerana sudi membaca post yg x seberapa ini...:)


2 comments:

  1. wah. rpa2 nya snang jak maw wat bnda nie. . tq =)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlcm..:)
      yup, actly mmng senang nak wat benda nie,..kat ats 2 pun actly 1st tym buat..lpas nie boleh la cuba.. :)

      Delete

Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...