Friday 5 July 2019

Pilihan ku?


Tiada apa yang bisa diri ini katakn,  
Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha. 
Jujur aku katakn, adakala air mata ini jatuh terurai satu persatu dalam doa. 
Segala rasa, semua bercampur menjadi satu. 
Aku rindu dengan dia. 
Aku rindu kerana kita pernah dekat. 
Aku rindu, tersangat sangat rindu😒😒😒
Aku titipkan doa, semoga Allah mnjaga dirimu walau dimana jua kau berada. 
Semoga Allah permudahkan segala urusanmu.,mungkin bagi mu aku diam, seolah-olah tidak ambil tahu. Namun hakikatnya aku hanya memerhati dari kejauhan. 
Sungguh rasa ini adalah pinjaman daripada Allah, hanya kepadaNya selayaknya aku letakkan kebergantungan.
Buat awak semoga baik2 saja, fi amanillah..
Perancangan Allah adalah yang terbaik.


#4719

Sunday 12 May 2019

Bila dirimu harus memilih



Jika perlu memilih atau perlu membuat keputusan 
Pilihlah pilihan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

Jika perlu memilih, usah terburu mengikut nafsu,.
Tapi ambilah masamu utk berfikir. 
Yang paling penting istikharah dan berbincanglah bagi meminta pandangan..
Tapi, usah buat Orang ternanti2.. Kerana menanti itu sangat sangat sangat sakit.
Jujurnya, adakala terasa sakitnya bila satu persoalan tanpa jawapan.. 

Kisah ini tidak tahu apa akan terjadi nanti, cuma yg chefa mampu lakukan doa dan bersabar.
Andai dirimu tahu, d sebalik senyap ini sebenarnya sedang menanti suatu jawapan,..
Mungkin kau akn terkjut,.mungkin atau sebaliknya,.
Tidak mengharapkan lebih, cukup ada jawapan xkira positif @ negatif.. 
Semoga apa yg terjadi, xkn membuatkan cheFa hilang sorang sahabat,. 

Chefa lebih rela memilih sorang sahabat dari memikirkn hati, andai 
Kisah hati membuat cheFa hilang sorang sahabat. 




#kisahchefa

Thursday 9 May 2019

Ramadhan ke-4, chefa



Assalamualaikum warahmatullah.. Haii uollss.. Haaa rajin tak cheFa hari ni? πŸ€­πŸ€“
Tetiba rajin tulis blog kn.. Ehe

Alhamdulillah sekarang kita da masuk ramadhan ke 4😊
Manfaatkan ramadhan yang tinggal utk beribadah dengan sebaik mungkin, semoga
Juga amal ibadah yg kita lakukan pada bulan ini In Shaa Allah berkekalan hingga 
Ke bulan seterusnya.. Aamiin πŸŒΉπŸ’“

Ramadhan ke-4 (9.5.2019 - khamis)
Cuaca agak panas, dan semestinya bulan yang sangat tenang😊
Penat dan dahaga pun jangan jadi macam kucing yang di atas tu tau.. πŸ˜…
Penat sangat agak ya dy berpuasaπŸ€­πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ok, itu saje yg cheFa nak pot pet.. 😘😘🌹
In Shaa Allah nnt kita sambung πŸ’“
Doakn semoga cheFa rajin nak tulis blog ya😊


#ceritachefa
#rajinPulaDiaNiTetiba

Wednesday 8 May 2019

Nisa Small Kindness : Shantoh Ramadhan, Nisa' Putatan


Assalamualaikum warahmatullah.. Haii semuaaaa😘😘😘 
(tetiba cheFa ni, macam ramai yg View blog dyπŸ˜…πŸ€£)..

Tidak apa, xda yg View.. Yg penting cheFa tetap juga nak menulis 
#azamChefa berkarya la konon.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ow, sebelum cheFa terlupa.. 

Rsanya xterlambat untuk ucapkan Ramadhan Kareem kepada semua,. 
Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita utk berusaha menjadi lebih baik dan In Shaa Allah semoga Istiqamah walaupun da habis bulan ramadhan.. Aamiin.

Berbalik kepada tajuk d atas, In Shaa Allah kita Nisa' Putatan akan buat Shantoh Ramadhan. 
Sasaran adalah kepada golongan yang memerlukan sekitar putatan.
 CheFa dan sahabat2 dari nisa' Putatan sangat sangat dannn sangat berbesar hati sekiranya ada yang berhasrat untuk menyumbang bagi program ini nantiπŸ˜‰..

Boleh pm cheFa @ Vaneeda yeww😘
Iklan Sumbangan blh tngk kat bawah yewww
#ceritachefa
#nisaputatan
Poster Shantoh Ramadhan (makasih Maria.. Gigih dy buat.. 😘😘😘) 


✨πŸ’ SHANTOH RAMADHAN NISA' PUTATAN 2019πŸ’✨

Shantoh Ramadhan kembali lagi! πŸ˜‡✨
Jom bersama kami❗menceriakan Ramadhan & 'Aidilfitri kepada 20 keluarga yang sangat memerlukan.πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘§
Nisa' Putatan mensasarkan kutipan keseluruhan berjumlah RM1000 dengan menaja barangan dapur bernilai RM50 bagi setiap keluarga. πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘§‍πŸ‘§
InsyaAllah,πŸ› Nisa' Small Kindness Shantoh Ramadhan πŸ›ini akan berlangsung di seluruh Putatan sepanjang Ramadhan.☄
Tajaan boleh diberikan dalam bentuk πŸ’° KEWANGANπŸ’° atau πŸ‘©πŸ»‍🍳 BARANGAN DAPUR TERTENTUπŸ‘©πŸ»‍🍳 sahaja seperti :
🍚 Beras 5kg
πŸ₯š Telur
Teh/kopi
Minyak
🍭 Gula
πŸ§‚ Garam
πŸ₯› Susu pekat
Kurma
Tepung
Secukup rasa

Tajaan wang tunai boleh disalurkan ke akaun
πŸ’œ Bendahari Nisa Putatan
πŸ§•πŸ» Siti Azimah Binti Rupilen
πŸ’³ 1416 2020 7648 98 (Bank Islam)
Sumbangan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 25 MEI 2019.πŸ—“

Maklumat lanjut, hubungi :
πŸ§•πŸ» Saudari Fatin :
http://www.wasap.my/+60138582542/shantoh2019

Saudari Vaneeda :
http://www.wasap.my/+60138674120/shantoh2019

Semoga sumbangan yang diberi menjadi saham besar di akhirat nanti. InsyaAllah.
πŸ’œ "Erti Memberi Dengan Kasih Sayang"πŸ’œ
#NisaPutatan
#NisaMalaysia
#PenghubungGenerasiMuda
#KitaSemuaNisaMalaysia

Tuesday 7 May 2019

Aku ingin menjadi seperti Hannah Binti Faqud

Assalamualaikum warahmatullah..sangat laaamaaa rasanya chefa tak update blog ni..ahahaha
buka dan cuba untuk karang sesuatu tapi,selalu sahaja kisah teputus..dan akhirnya ke draft dan yang sedihnya tak habis pun :'( uhuhu

hari ni chefa nak kongsikan tentang kisah Hannah Binti Faqud..Pernah dengar tak nama ni?
ada sesiapa yang tahu?
isteri kepada Imran?
Ya,Hannah binti Faqud adalah isteri kepada Imran yang ada diceritakan didalam surah Ali-Imran.
chefa sebenarnya tertarik dengan kisah ni..
Hannah telah lanjut usia dan teringin untuk mempunyai anak,hannah berdoa kepada Allah agar d kurniakan anak kepadanya.

kisah Isteri Imran terdapat dalam Al-quran surah Ali-Imran ayat 33-37 (boleh rujuk) - tafsir mengenai surah ini juga boleh rujuk di Tafsir.

Beberapa perkara yang boleh kita pelajari (semoga kita boleh mencontohinya, aamiin In shaa Allah) :

1) Kesungguhan dan kebergantungan kepada allah
2) Keimanan Hannah
Melalui kisah nazar mendedahkan kepada kita bagaimana Hannah,iaitu isteri 'Imran yang dipenuhi iman dan bagaimana beliau berdoa untuk menazarkan kepada Allah dengan sesuatu yang paling disayanginya iaitu anak yang sedang dikandungnya. Hannah menazarkan anak yang dikandungkannya dengan ikhlas dan bebas untuk berkhidmat kepada Allah semata-mata,iaitu bebas dari sebarang syarat dari perkongsian dan dari sebarang hak kepada yang lain dari Allah S.W.T.



  Ψ₯ِΨ°ْ Ω‚َΨ§Ω„َΨͺِ Ψ§Ω…ْΨ±َΨ£َΨ©ُ ΨΉِΩ…ْΨ±َΨ§Ω†َ Ψ±َΨ¨ِّ Ψ₯ِΩ†ِّي Ω†َΨ°َΨ±ْΨͺُ Ω„َΩƒَ Ω…َΨ§ فِي Ψ¨َΨ·ْΩ†ِي Ω…ُΨ­َΨ±َّΨ±ًΨ§ فَΨͺَΩ‚َΨ¨َّΩ„ْ Ω…ِΩ†ِّي Ψ₯ِΩ†َّΩƒَ Ψ£َΩ†Ψͺَ Ψ§Ω„Ψ³َّΩ…ِيعُ Ψ§Ω„ْΨΉَΩ„ِΩŠΩ…ُ ﴿Ω£Ω₯



(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Hannah mengharapkan anak yang lahir adalah lelaki kerana dia telah menazarkan anak yang berada dalam kandungannya itu sebagai seorang yang bebas. Dia mengharapkan kelahiran anak lelaki, kerana nazar kepada rumah-rumah ibadat biasanya budak-budak lelaki supaya mereka dapat berkhidmat di rumah ibadat itu dan memusatkan kehidupan mereka dalam kegiatan ibadat. Namun anak yg dilahirkan adalah perempuan dan diberi nama Maryam.

Kisah Hannah membuatkan cheFa tertarik utk tanya pada diri..betapa hebatnya seorang ibu seperti Hannah, yang menazarkan anak yang dikandungkan sebagai seorang yang bebas. Membuat cheFa tertanya, bagaimana pula dgn diri ini bila ada anak nanti?Sejauh mana kebergantungan kepadaNya,?tak perlu tunggu bila ada anak,tapi saat ini..bagaimana..? Adakah nak tentukan apa yg anak mesti pilih,cth belajar apa kerja apa (hamboiii cheFa lebih2 juga..^_^'.. ) 

sebelum pergi terlalu jauh,perkara yang perlu d titik beratkan adalah Pendidikan. Ya, pendidikan itu penting. Ambillah ibrah kisah hannah,agar menjadi inspirasi. Yang tahu keperluan dan mahu yang terbaik buat zuriat yang dikandungkan. Bagi cheFa, yang utama adalah bagaimanakah corak yang kita mahu buat anak2 nanti,.adakah ingin berjaya sudut akademik sahaja? atau seimbang keduanya agama dan akademiknya..Atau ingin melahirkan anak2 yang bakal meneruskan mata-mata rantai perjuangan..? Didiklah dirimu dahulu duhai muslimah,tidak perlu kata Nanti,..atau tunggu saja calon imamku...Kerana proses mendidik anak akan bermula bagaimana kamu mendidik diri, bukan d saat kamu menikah dengan dia yang akan menjadi imammu. :) 


#coretanchefa
#TarbiahtulAulad

Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...