Tuesday 7 May 2019

Aku ingin menjadi seperti Hannah Binti Faqud

Assalamualaikum warahmatullah..sangat laaamaaa rasanya chefa tak update blog ni..ahahaha
buka dan cuba untuk karang sesuatu tapi,selalu sahaja kisah teputus..dan akhirnya ke draft dan yang sedihnya tak habis pun :'( uhuhu

hari ni chefa nak kongsikan tentang kisah Hannah Binti Faqud..Pernah dengar tak nama ni?
ada sesiapa yang tahu?
isteri kepada Imran?
Ya,Hannah binti Faqud adalah isteri kepada Imran yang ada diceritakan didalam surah Ali-Imran.
chefa sebenarnya tertarik dengan kisah ni..
Hannah telah lanjut usia dan teringin untuk mempunyai anak,hannah berdoa kepada Allah agar d kurniakan anak kepadanya.

kisah Isteri Imran terdapat dalam Al-quran surah Ali-Imran ayat 33-37 (boleh rujuk) - tafsir mengenai surah ini juga boleh rujuk di Tafsir.

Beberapa perkara yang boleh kita pelajari (semoga kita boleh mencontohinya, aamiin In shaa Allah) :

1) Kesungguhan dan kebergantungan kepada allah
2) Keimanan Hannah
Melalui kisah nazar mendedahkan kepada kita bagaimana Hannah,iaitu isteri 'Imran yang dipenuhi iman dan bagaimana beliau berdoa untuk menazarkan kepada Allah dengan sesuatu yang paling disayanginya iaitu anak yang sedang dikandungnya. Hannah menazarkan anak yang dikandungkannya dengan ikhlas dan bebas untuk berkhidmat kepada Allah semata-mata,iaitu bebas dari sebarang syarat dari perkongsian dan dari sebarang hak kepada yang lain dari Allah S.W.T.



  إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٣٥



(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Hannah mengharapkan anak yang lahir adalah lelaki kerana dia telah menazarkan anak yang berada dalam kandungannya itu sebagai seorang yang bebas. Dia mengharapkan kelahiran anak lelaki, kerana nazar kepada rumah-rumah ibadat biasanya budak-budak lelaki supaya mereka dapat berkhidmat di rumah ibadat itu dan memusatkan kehidupan mereka dalam kegiatan ibadat. Namun anak yg dilahirkan adalah perempuan dan diberi nama Maryam.

Kisah Hannah membuatkan cheFa tertarik utk tanya pada diri..betapa hebatnya seorang ibu seperti Hannah, yang menazarkan anak yang dikandungkan sebagai seorang yang bebas. Membuat cheFa tertanya, bagaimana pula dgn diri ini bila ada anak nanti?Sejauh mana kebergantungan kepadaNya,?tak perlu tunggu bila ada anak,tapi saat ini..bagaimana..? Adakah nak tentukan apa yg anak mesti pilih,cth belajar apa kerja apa (hamboiii cheFa lebih2 juga..^_^'.. ) 

sebelum pergi terlalu jauh,perkara yang perlu d titik beratkan adalah Pendidikan. Ya, pendidikan itu penting. Ambillah ibrah kisah hannah,agar menjadi inspirasi. Yang tahu keperluan dan mahu yang terbaik buat zuriat yang dikandungkan. Bagi cheFa, yang utama adalah bagaimanakah corak yang kita mahu buat anak2 nanti,.adakah ingin berjaya sudut akademik sahaja? atau seimbang keduanya agama dan akademiknya..Atau ingin melahirkan anak2 yang bakal meneruskan mata-mata rantai perjuangan..? Didiklah dirimu dahulu duhai muslimah,tidak perlu kata Nanti,..atau tunggu saja calon imamku...Kerana proses mendidik anak akan bermula bagaimana kamu mendidik diri, bukan d saat kamu menikah dengan dia yang akan menjadi imammu. :) 


#coretanchefa
#TarbiahtulAulad

No comments:

Post a Comment

Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...