Tuesday 26 February 2013

Teman Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang tengah membaca @ membuka blog ini..!!
haiiiiii~~~
ary nie aq nak cerita pasal my "teman baru"

sebelum aq bercerita, baca dulu sedikit perbualan diantara 'Teman lama' dan 'Teman Baru' :


(drama sebabak)

Teman lama : Habis tue teman lama macam mana???
xkan d'lupa kot??? uhuhu :'(
Teman Baru : Sudah semestinya korang akan dilupakan!!! ahahaha (ketawa dengan kejamnya)
Teman lama : Sampai hati Fatin lupakan kami 'teman lama'... uhuhu ( menangis dengan sedihnya)

Adakah aq akan mnjadi seperti apa yg diperkatakan oleh 'Teman lama' dan 'teman baru'..???
JENG JENG JENG!!!!!

Me : mestilah TIDAK!!!
apasal pulak nak lupa 'teman lama' kalau da ada 'teman baru'??? 4 me walaupun da ada teman baru, teman lama tetap dihati.. :)
okay, napa pla aq cerita pasal 'Teman Baru' nie??
nak tahu???
JENG JENG JENG!!!!!!

pada 16 februari 2013 bersamaan dengan hari sabtu aq telah ikut aktiviti kat kampus... usrah @ kena bagi nama 'happy circle'..
tahu tak apa e2 usrah??? kalau nak bagi terang panjang lebar rasanya xlarat pula nak menulisnya...ehehe
okay la aq cerita secara ringkas sahaja la ya???
actually xdanya aq nak menaip, hanya google.. apa guna google kalau tidak digunakan dengan sebaik mungkin..ahahaha

Usrah (الأسرة) berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud "keluarga".

Komponen usrah merangkumi empat:
1. Naqib/Naqibah(ketua kmpulan)
2.Ahli Usrah
3.Topik Perbincangan atau silibus
4. Aktiviti
jangan tak tahu pula usrah pun ada rukun tau, iaitu:
  1. At-Taaruf, iaitu berkenalan;
  2. At-Tafahum, iaitu bersefahaman;
  3. At-Takaful, iaitu saling bantu-membantu.

sebenarnya pembentukan usrah nie sudah lama terbentuk...sewaktu zaman Rasulullah s.a.w lagi.  Sewaktu itu, usrah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Makkah. Rasulullah mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Itu serba sedikit mengenai usrah....

Mengenai usrah @ 'happy circle' yang telah aq sertai hari tue,kitaorang baru sahaja dibahagikan mengikut naqib/naqibah..dan adalah juga sedikit aktviti yang kitaorang lakukan..Antaranya adalah At-taaruf @ berkenalan... 
kat sini la aq bertemu dengan 'Teman Baru'..
Atiqah Sinsian ( kak Q)/ selaku naqibah, Nor Rezzanita Yahya ( nita) dan Cindawati Cipa ( kak cinda)... selamat berkenalan semua... :)
4 my ' Teman Lama', korang akan tetap di hati+ingatan... 
MUAAAHHHHXXXX...
XOXO










Friday 8 February 2013

"Operation" laptop


Assalamualaikum....
haiiii~~~
hari selasa ary tue (5/2/2013) aq ada buat "operation" laptop..( buat sendiri ok!!)
kenapa????
sebab terdapat masalah dengan kipas laptop...
????tak faham???
kat bawah laptop rasa panas semacam.. hasil daripada info-info yang diri ini dapat kat internet, rupanya masalah tue adalah disebabkan kipas dah kotor...
ada juga lah tanya2 dekat kedai laptop berapa dorang caj untuk bagi bersih kipas laptop nie...
paling murah pun RM 80... ada juga kedai tue diorang caj 100++ (tidak berapa ingat 100 berapa..ehehe)
mulanya memang nak hantar kat kedai... tapi bila ada kawan nie bagi tau yang kazen dia pun ada masalah yang sama, dan tak hantar pun laptop kat kedai... tapi,dia buka dan bagi bersih sendiri..
kazen dia cakap, tak da la susah pun buka laptop tue..yang penting lepas buka pasang skru balik dan bagi ketat macam biasa...
me????? 
apalagi terinspirasi lah untuk membuka laptop dengan sendirinya...ahahaha 
dapat jimat duit...ehehehe

V
V
V
V








Alhamdulillah, "operation" laptop yang aq jalankan akhirnya berjaya juga..walaupun aq bukanlah orang yang pakar dalam hal membuka laptop nie, dan ini adalah 1st tym!!!
ada my fwen cakap yg aq nie berani...( kembang la 2,ahaha...tak da la,besa2 ja pun..) aq nie tak da lah berani sangat pun..tapi semangat untuk 'memulihkan' laptop tue yang membuatkan aq berani.. lagi pun orang kedai yang aq p tanya harga tue adalah juga cakap yang hal yang jadi kat aq nie tak da la serius mana pun..tapi akan jadi serius bila laptop dah pandai 'shut down' sendiri...hal tue boleh jadi bila kipas yang kotor tak dibersihkan dan lama-lama boleh mendatangkan kesan sehingga laptop pandai  'shut down' dengan sendirinya..So, aq tak nak lah karang laptop aq nie pandai 'shut down' sendiri..kang susah pula nanti.. biasanya hanya lelaki sahaja yang berani buat2 macam nie... aq nie perempuan... habis tue aq nie ganjil la???
ermmmm,.. mungkin juga aq ganjil... tapi tetap juga manusia ya, dan yang paling penting masih NORMAL!!ahaha..
tak kisah la perempuan atau lelaki sekurang-kurangnya kita mesti mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu...  tak salahkan??? kalau lelaki pun belajar masak...perempuan pula belajar ilmu pertukangan serba sedikit...
aq rasa benda tue tak salah pun.. jangan sampai berubah daripada fitrah sudahlah...
ada gunanya juga kita persiapkan diri dengan pelbagai ilmu, sebab suatu hari nanti kita pasti akan memerlukannya.. hidup nie tak selalunya senang, tak selalunya juga ada orang disisi..mungkin adakalanya kita terpaksa melaluinya sendiri..jadi bila kita dah persiapkan diri dengan pelbagai ilmu, sekurang-kurangnya tak da lah rasa macam nak nangis je tym tue,... :)








kata2 untuk hari ini : 
Ilmu adalah harta yang paling beharga... Orang yang berilmu tidak akan pernah miskin, tapi orang yang kaya tanpa adanya ilmu pasti akan miskin..

ilmu dekat sini bukanlah hanya pelajaran yang kita belajar dekat sekolah, tapi juga pelajaran yang kita belajar secara tidak langsung.


Friday 1 February 2013

7 Sunah Rasulullah yang perlu diamalkan

Assalamualaikum...
kepada yang mengunjungi blog yang tak seberapa ini secara sengaja @ tak sengaja...
okay, tak nak cakap panjang-panjang, cuma nak share perkara bermanfaat yang saya dapat dari page   Bercinta Selepas Nikah.. 

v
v
v
v




Itu sahaja untuk hari ini... Assalamualaikum dan terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca... :)


Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...