Saturday 27 July 2013

Ramadhan PER-1 di tempat baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat illahi kerana masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk bernafas dan merasai nikmat berpuasa pada bulan yang mulia ini..
Alhamdulillah masuk hari ini dah lebih separuh bulan ramadhan kita berpuasa...( 18 hari )
hurm,...tak sedar sebenarnya da smpai pertengahan puasa..tak terasa tak lama lagi bakal meninggalkan bulan yang mulia ini...hurm,terasa sayu dan sedih la pula...uhuhuhu

berbeza waktu zaman kanak-kanak,perkara yang paling ditunggu adalah hari raya...ya bila menjelang bulan ramadhan sudah pasti kanak-kanak terutamanya tak sabar nak beraya...tapi semakin saya dewasa,saya lebih nantikan bulan ramadhan...

Bercerita mengenai ramadhan PER-1 di tempat baru iaitu kat penampang ( disebabkan saya stdy so t'pksalah mnjalani ibadah puasa kat sana )...Alhamdulillah...walaupun tempat yang berbeza berbanding kebiasaannya ( hostel n rumah ),tapi saya masih diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah solat sunat terawih...bagi yang tinggal di kawasan penampang pasti tertanya-tanya kn??? bagi yang tidak tahu..sebenarnya agak sukar untuk mencari masjid @ surau di kawasan ini..bukan sukan rasanya tiada..yang paling berhampiran cuma masjid bukit padang..

Terima kasih kepada PERMAI ( persatuan mahasiswa Islam unitar ) kerana menganjurkan solat sunat terawih..kitaorang solat terawih kat kampus..kat atrium..pengangkutan juga disediakan..Alhamdulillah,sangat memudahkan saya bagi mengerjakan solat sunat terawih..mula2 b4 puasa terfikir juga..adakah ramadhan kali ini saya masih berkesempatan untuk melakukan solat sunat terawih??mula2 terasa sedih,cz saya tahu tidak ada surau@masjid yang berhampiran dengan kawasan tempat petempatan hostel saya...sekarang hanya tinggal bebarapa hari saja lagi untuk saya tinggal kat sini..cz In Shaa Allah dalam 1/8/2013 saya akan balik p kudat..disebabkan mama dan abah ada urusan kat kk pada hari tersebut,jadi saya pun terpaksalah ambil cuti awal..ehehehe >_<

mudah2an ibadah kita pada bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini akan diterima, diampuni dosa dan diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan yang akan datang.. In Shaa Allah.. :)

No comments:

Post a Comment

Pilihan ku?

Tiada apa yang bisa diri ini katakn,   Aku hanya mampu terus doa, doa, doa dan berdoa sesudah usaha.  Jujur aku katakn, adakala air...